Kajian ini meneroka komposisi , elemen dan prinsip seni dalam siri karya Latif Maulan dalam menghasilkan sebuah lukisan potret atau dikenali sebagai lukisan wajah di samping mengkaji makna yang tersirat yang ada dalam penghasilkan karya Tales of Apocalypse. Kajian ini memfokuskan terhadap karya Latiff Maulan yang dipilih. Salah satu tajuk karya yang dikaji ialah “Tales Of Apocalypse “. Pengkaji memilih 4 karya dalam siri Tales of Apocalypse. Kajian melalui sorotan literatur berkaitan tentang catan dan katalog-katalog dan artikel menjadi satu sumber rujukan yang penting untuk mengkaji komposisi , elemen dan prinsip seni pada karya Latif Maulan. Karya-karya beliau adalah aliran Hyperealism. Karya ini perlu dikembangkan dalam seni kontemporari di Malaysia yang wajar dikaji dan direkodkan. Permasalahan dalam pencarian makna karya sukar untuk dijelaskan secara tepat namun analisis melalui, tema, elemen dan prinsip dalam seni dapat memberikan tumpuan dalam mengetahui makna yang tersirat dalam siri karya Latiff Maulan “Tales Of Apocalypse”. Berdasarkan analisis yang dikaji, karya beliau mewakili kehidupan persekitaran dan alam dengan gabungan figura yang sempurna dapat diberikan makna
simbolik yang tersendiri yang bercirikan seni moden. Selain itu, pengalamannya sepanjang menjadi pelukis menjadi salah satu faktor yang dipamerkan dalam seni potret. Pelukis pada masa kini didepani dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam perubahan masa ke semasa, bagi memastikan negara kita kaya dengan seni lukisan
terutama seni potret. Kita dapati banyak negara yang hebat dan maju dengan seni lukis seperti di United Kingdom, China, Jepun dan juga Indonesia. Setiap pelukis berbeza tekniknya dalam karya dari segi stroke dan
menggunaan warna. Kesemua pelukis mempunyai matlamat yang sama dalam menghasilkan lukisan yang menarik mengikut gaya tersendiri. Oleh itu, pengkaji mengambil langkah untuk menumpukan pada karya pelukis tempatan dengan
gayanya dalam penghasilan karya. Bagi mengukuhkan lagi pengumpulan maklumat, pengkaji telah menggunakan buku dan laman web, blog pelukis Latiff Maulan sebagai rujukan dalam kajian ini yang berkaitan skop kajian. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan kaedah analisis dokumen bagi membuktikan dan memperkuatkan lagi hujah dan juga kandungan dalam kajian ini. Pengkaji turut merujuk kajian lepas dengan membaca dan memahami dalam isi kandungan kajian.