Kajian ini dilakukan adalah untuk membawa pembaca memahami adaptasi hikayat ke
filem dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita rakyat ini dikatakan semakin
dilupakan dari generasi ke generasi, hal ini disebabkan oleh, perkembangan pesat
teknologi masa kini menyebakan cerita rakyat ini semakin dilupakan terutamanya oleh
generasi muda. Kajian ini difokuskan kepada adaptasi teks Hikayat Merong Mahawangsa
filem. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk, mengkaji faktor – faktor proses
pengadaptasian Hikayat Merong Mahawangsa ke dalam filem. Selain itu,membincangkan, perkaitan teori adaptasi yang digunakan dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa .Seterusnya, mengenalpasti kepentingan proses adaptasi Hikayat Merong Mahawangsa ke filem. Kajian ini juga telah menggunakan kaedah kajian kualitatif. Proses analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian iaitu berdasarkan kaedah perpustakaan,kaedah laman sesawang dan pemerhatian terhadap filem adaptasi dan juga kaedah analisis data telah dilakukan iaitu berdasarkan kaedah analisis tekstual. Pengakaji juga telah menggaplikasikan Teori Adaptasi oleh Linda Hucheon bagi memantapkan lagi hasil kajian. Dapatan kajian mendapati dengan adanya adaptasi Hikayat Merong Mahawangsa ke filem ini dapat, memberikan pendedahan tantang cerita rakyat ini kepada masyarakat.