Penjenamaan dan pembungkusan merupakan medium yang sangat penting dalam sesuatu produk makanan. Penjenamaan juga akan membentuk identiti, hak cipta, serta produk yang mampu dikenali oleh pelanggan. Pemilihan pembungkusan yang bersesuaian dan reka grafik pembungkusan merupakan elemen yang penting bagi memenuhi kriteria sesuatu produk makanan itu. Selain itu, penjenamaan merangkumi pelbagai perubahan yang dilakukan daripada sebelum ini terutamanya dari segi logo, bentuk pembungkusan, jenama, tipografi, warna dan illustrasi rekaan. Tambahan pula, penjenamaan akan memberi satu bentuk identiti baru dan hak cipta kepada pengusaha tersebut sekali gus mampu memberi imej baru kepada produk tersebut. Dengan adanya penjenamaan ini ia mampu menyelesaikan masalah persaingan dan menjaga kualiti produk serta dapat menjana keuntungan kepada pengusaha dari segi pemasaran produk. Oleh itu, terbuktilah bahawa penjenamaan merupakan kompenen yang amat penting dalam produk makanan terutamanya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk menjadi produk yang mampu dikenali ramai.