Kajian yang dijalankan adalah bertajuk ;Rekabentuk Busana Pengantin Bertemakan Red Rose’. Ia merupakan kajian tentang rekabentuk busana pengantin yang berkonsepkan sopan dan tradisional. Konsep sopan dan tradisional ini dimasukkan dalam busana pengantin supaya ianya dapat diteruskan oleh masyarakat di Malaysia. Penghasilan rekabentuk busana pengantin adalah berdasarkan tema yang dipilih iaitu red rose dan menerapkan ciri-ciri sopan dan tradisional dalam menghasilkan busana pengantin tersebut. Dalam kajian busana pengantin ini, ada ciri-ciri busana mengikut adat dan budaya orang Melayu. Umum mengetahui bahawa pakaian cara Melayu adalah sopan dan mengikut tradisi turun-temurun. Dan ianya masih dikekalkan sehingga kini cuma ada perubahan sedikit dari segi rekabentuk busana yang dihasilkan membuatkannya menjadi satu rekabentuk yang lebih moden. Maka untuk mengekalkan budaya, adat dan tradisi orang Melayu dalam cara berpakaian, rekabentuk busana pengantin yang dihasilkan adalah berkonsepkan sopan dan tradisional.