Seni cetakan digunakan untuk tujuan bahan pendidikan, propaganda dan bahan keagamaan. Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke 7 Masihi di China. Namun disebabkan proses stensil yang agak rumit, teknik ini masih kurang diketahui ramai. Antara pengkarya yang menggunakan teknik stensil dalam karya mereka ialah Banksy, Christian Geumy dan Shephard Fairey. Pada awal kemunculannya seni cetakan digunakan untuk tujuan bahan pendidikan, propaganda dan bahan keagamaan. Seni cetakan ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Kajian tentang seni cetakan stensil atau saring masih terhad dan belum berkembang dengan lebih meluas lagi. Justeru, kajian dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik stensil dalam penghasilan karya seni. Teknik stensil ini dianggap cabaran kepada pengkarya kerana proses pembuatan yang menggunakan teknik ini agak rumit dan memakan masa yang lama pada peringkat awal. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti artis-artis yang menggunakan teknik stensil dalam mengahsilkan karya. Mengenalpasti jenis-jenis teknik stensil yang wujud dalam penghasilan karya. Serta mengenalpasti penggunaan warna dalam teknik stensil. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantatif melibatkan tiga golongan umur iaitu golongan pertama berumur berumur 14 hingga 20 tahun, 21 hingga 27 tahun dan 28 hingga 47 tahun. Soalan soal selidik akan diedarkan melalui platform ‘google form’. Hal ini untuk menguji tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat awam mengenai seni cetakan stensil ini. Kajian kualitatif pula melibatkan sesi temu bual Bersama tiga orang artis yang mahir dalam bidang seni cetakan stensil ini. Sesi temu bual ini akan dijalankan secara formal iaitu artis akan menjawab soalan yang telah diberikan sebelum sesi soal jawab bermula. Oleh itu, kajian ini penting untuk memberi pendedahan mengenai keunikan ada nilai estatik yang ada pada teknik stensil dalam penghasilan karya.