Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rekaan pakaian pengantin inspirasi pakaian tradisional puteri perak. Objektif yang digunakan dalam kajian ini ialah untuk mengenal ciri ciri keunikan baju tradisonal puteri perak sebagai pakaian pengantin, merekabentuk busana pengantin berinspirasikan baju tradisonal puteri perak dan objektif yang terakhir ialah menghasilkan pakaian pengantin berkonsepkan tradisional dengan gabungan elemen moden dari barat. Ketiga tiga objektif itu dipilih untuk mengkaji aspek sebenar mengapa fesyen pengantin barat lebih menarik minat dalam fesyen pengantin melayu pada hari ini. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti permasalah dalam kajian ini iaitu apakah ciri ciri keunikan baju tradisonal puteri perak sebagai pakaian pengantin, bagaimanakah proses merekabentuk pakaian pengantin berinspirasikan baju tradisonal puteri perak dan persoalan kajian yang terakhir ialah bagaimanakah menghasilkan busana pengantin berkonsepkan tradisional dengan gabungan unsur moden dari barat Secara konklusinya, penyelidik dapat mengenalpasti sejauhmana fesyen pakaian pengantin moden telah meresap dalam fesyen pengantin masyarakat melayu yang menyebabkan permasalahan ini terjadi.