Digital Special Collection Portal

Kempen Kesedaran Oleh Syarikat Excel Computers And Services Terhadap Pengambilan Vaksin Bagi Mencegah Wabak Covid-19 Dalam Kalangan Masyarakat Di Kota Bharu, Kelantan


Citation

Siti Hajar Ahmad (2021) Kempen Kesedaran Oleh Syarikat Excel Computers And Services Terhadap Pengambilan Vaksin Bagi Mencegah Wabak Covid-19 Dalam Kalangan Masyarakat Di Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kempen kesedaran oleh syarikat Excel Computers and Services terhadap pengambilan vaksin bagi mencegah wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Kota Bharu, Kelantan. Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal selidik, membuat pemerhatian terhadap rekabentuk kempen yang sedia ada, melalui kajian lepas dan juga melalui rujukan iaitu menerusi keratan akhbar, risalah dan majalah yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil daripada instrument tersebut, didapati bahawa tahap keberkesanan kempen suntikan vaksin covid-19 yang dijalankan oleh pihak berkuasa memberi kesan kepada masyarakat di Kota Bharu, Kelantan. Kempen kesedaran suntikan vaksin ini dihasilkan bagi membendung jangkitan COVID-19 dengan pengambilan suntikan vaksin covid-19 yang sedang melanda kini. Matlamat penyelidikan ini adalah ingin menghasilkan periklanan luar yang lebih kreatif dalam menarik perhatian masyarakat untuk mengambil suntikan vaksin covid-19 ini dengan segera.
Kata kunci : Kempen kesedaran vaksin, rekabentuk kempen, periklanan luar, syarikat Excel Computers and Services.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HAJAR BINTI AHMAD C17A0326.pdf] Text
SITI HAJAR BINTI AHMAD C17A0326.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 78
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4036
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2