Kajian ini membincangkan tentang perbandingan kualiti CGI dalam filem tempatan Magika
2010 dan filem antarabangsa Avatar 2009. Pengkaji harus memahami pengertian (computer
generated imagery) atau imej janaan komputer CGI dan juga aspek-aspek yang penting
sebelum melakukan sebarang penyelidikan terhadap penyelidikan kajian ini. Selain itu, fokus
kajian ini adalah untuk mengkaji jenis-jenis CGI yang digunakan dalam filem tempatan serta
menganalisis perbandingan kualiti CGI antara filem Magika 2010 dan filem Avatar 2009 dan
juga mengenalpasti teknologi CGI yang digunakan dalam filem Magika 2010 dan filem Avatar
2009. Berdasarkan pada penyelidikan kajian ini dapat memperkembangkan kualtiti filem
tempatan bersaing dengan filem antarabangsa. Filem ini terdiri daripada pelbagai jenis genre
yang dihasilkan dan diantaranya ialah filem yang diutamakan penggunaan teknologi CGI yang
diminat oleh ramai orang. Selanjutnya, penyelidik kajian ini dapat mengetahui dengan lebih
jelas dan terperinci tentang perbezaan kualiti perfileman, jenis-jenis CGI yang digunakan
dalam filem tempatan dan juga teknik-teknk atau aplikasi CGI yang digunakan dalam industri
perfileman ini. Kajian penyelidikan ini perlu dihuraikan dan dikupas agar objektif kajian
penyelidikan ini tercapai. Antara instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik
atau tinjauan atas talian iaitu google form yang mengandungi soalan berkaitan kajian
penyelidikan ini. Hasil kajian ini juga mendapati harap mendapat maklum balas yang positif
dan membantu dalam kajian penyelidikan ini.
Kata kunci : filem CGI, jenis-jenis CGI, industri perfileman