Digital Special Collection Portal

Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan : Akok Cikgu


Citation

Nurul Najihah Mazlam (2021) Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan : Akok Cikgu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Identiti korporat dalam penjenamaan diibaratkan seperti janji kepada pelanggan yang mengharapkan perubahan yang positif serta mampu membina jenama yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tambahan pula, penjenamaan semula mampu mengukuhkan lagi kedudukan perniagaan yang sedia ada kerana penjenamaan semula bukan sahaja menjurus kepada perniagaan yang baru ditubuhkan namun turut melibatkan perniagaan yang sudah bertapak lama dalam industri pasaran bagi mencipta sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh hal demikian, perusahaan Akok Cikgu mempunyai penjenamaan yang tersendiri namun kelihatan masih kurang mencukupi dari segi elemen-elemen grafik yang perlu ada bagi setiap perniagaan. Justeru itu, penjenamaan semula bagi Akok Cikgu kelihatan amat bersesuaian untuk dikaji supaya kelihatan lebih unik dan berimpak tinggi kepada perniagaan Akok Cikgu dan juga ekonomi negara. Setiap perniagaan pastinya akan wujud permasalahan, begitu juga dengan perniagaan Akok Cikgu yang kelihatan kurang menyerlah dari sudut visual penjenamaan dan juga tidak mementingkan daya kreativiti yang mempunyai elemen-elemen grafik yang berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan identiti penjenamaan ‘Akok Cikgu’ yang lebih kreatif dan berimpak tinggi buat pasaran dan masyarakat. Hasil kajian mendapati penjenamaan semula Akok Cikgu mampu membina keyakinan serta memgembangkan lagi perniagaan ke industri pasaran yang lebih tinggi selari dengan keistimewaan kuih Akok tersebut. Bagi metodologi kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mengukuhkan lagi kajian berkaitan dengan rekabentuk identity korporat produk PKS Tempatan Akok Cikgu. Berdasarkan penilaian serta pemerhatian pengkaji melalui data analisa kajian, cadangan rekabentuk identiti korporat yang telah dihasilkan oleh pengkaji telah mendapat penerimaaan yang baik dan positif daripada pelanggan Akok Cikgu supaya PKS Tempatan Akok Cikgu dapat membuat perubahan yang baik. Akhir sekali, penjenamaan yang baik adalah penjenamaan yang mampu mengimbangi antara kualiti produk iaitu identiti korporat yang baik dan juga kehendak pelanggan.
Kata kunci : Rekabentuk Identiti Korporat, industri pasaran, perniagaan, Akok Cikgu, elemen-elemen grafik

Download File / URL

[thumbnail of NURUL NAJIHAH BINTI MAZLAM C17A0404.pdf] Text
NURUL NAJIHAH BINTI MAZLAM C17A0404.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 80
Supervisor: Dr Tengku Fauzan Binti Tengku Anuar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4028
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2