Penjenamaan semula syarikat dilihat sebagai satu fenomena baharu dalam
sesebuah organisasi bagi tujuan pemerkasaan jenama kepada pihak-pihak yang
berkepentingan. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan secara keseluruhannya adalah
untuk membantu syarikat untuk mempunyai satu identiti yang kuat dan mampu bersaing
dengan syarikat atau jenama lain. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk
mencadangkan rekabentuk logo yang mampu mempengaruhi minda para pelanggan dan
juga mencadangkan rekabentuk identiti bagi syarikat. Justeru itu, sebanyak tiga
persoalan penyelidikan telah diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Berikutnya
pendekatan kuantitatif menerusi borang kaji selidik telah digunakan bagi pengumpulan
data daripada responden di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang.
Kata Kunci : Penjenamaan semula, Logo, Identiti, Pengiklanan, Kuantitati