Kelantan merupakan tempat lahirnya batik, bermula daripada batik pukul, batik tekap sehinggalah batik yang menggunakan lilin. Keindahan sesebuah batik dipengaruhi oleh rekaan corak yang berunsurkan pelbagai motif contohnya motif flora, motif fauna atau motif geometri. Namun, batik bermotifkan unsur fauna kurang diketengahkah ekoran terdapat perbezaan pandangan agamawan mengenai penggunaanya pada pakaian. Kajian ini dijalankan bertujuan mengaplikasikan penggunaan motif fauna dalam rekaan corak pada batik, kerana motif ini jarang digunakan. Kaftan menjadi pilihan pengkaji adalah kerana kaftan masih ramai pembeli dan ianya popular. Contohnya, kaftan dipakai oleh umat Islam pada bulan Ramadhan atau Perayaan Aidil Fitri. Pakaiannya juga sederhana tetapi kelihatan mewah. Oleh yang demikian, penyelidikan ini mengfokuskan kajian tehadap penggunaan motif fauna dalam rekaan corak pada kaftan menggunakan kaedah batik canting. Kaedah canting ini lebih baik kerana corak yang dihasilkan tampak ekslusif dan sukar berlaku peniruan. Kaedah kualitatif akan digunakan untuk melengkapkan kajian ini melalui eksperimentasi rekacorak pada pakaian kaftan serta mendapatkan maklum balas dari responden sebelum dibuat secara banyak (mass pro). Adalah diharapkan agar aplikasi motif fauna dalam rekaan corak pada kaftan menggunakan kaedah batik canting dapat meningkatkan jualan peniaga batik di Kelantan.