Dalam kajian ini, penjenamaan semula syarikat telah menjadi sebuah perkara yang lazim untuk sesebuah syarikat itu lebih maju kehadapan untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam pada itu. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menbantu meningkatkan imej dan daya saing syarikat Quantum Printing S.D.N. B.H.D di Sabah di dalam pasaran antarabangsa. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mereka bentuk semula logo dan identiti koporat syarikat Quantum Printing S.D.N. B.H.D di Sabah yang dapat menarik perhatian dan mengubah persepsi pelanggan daripada tidak tertarik kepada perasaaan tertarik serta ingin mencuba perkhidmatan syarikat ini. Seterusnya dalam kajian ini terdapat tiga persoalan yang akan dijalankan dalam pengkajian ini. Selanjutnya, dalam kajian ini juga pengkaji mengguna pendekatan kualitatif dan kuantitatif menerusi borang soal selidik, pemerhatian serta rujukan untuk digunakan dalam pengumpulan data daripada kawasan kajian di sekitar kawasan daerah bandar Tawau, Sabah.
Kata Kunci : Penjenamaan semula, Logo, Identiti, Pengiklanan, Kuantitatif, kualitatif