Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah buku ilustrasi yang berkaitan dengan Pendidikan surah Luqman dimana seorang bapa yang bijaksana dalam mendidik atau nasihati anaknya. Projek penyelidikan nasihat Luqman al-Hakim ini dikaji berdasarkan 3 objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap pemahaman kanak – kanak dalam memahami Al -Quran terutama bagi surah Luqman dan menentukan kesesuaian ilustrasi dalam modul Pendidikan surah Luqman dan. Objektif yang selanjutnya adalah menghasilkan buku kanak- kanak bagi modul Pendidikan surah Luqman agar dapat menyampaikan nasihat atau pesanan tersebut yang lebih menarik serta menyampaikan dakwah. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab yang merupakan pengenalan kepada kajian, kajian literasi, metodologi, dan kesimpulan kepada keseluruhan projek penyelidikan ini.
Kata kunci: buku ilutrasi, surah luqman, nasihat luqman.