Kajian ini adalah berfokus kepada penjenamaan semula ( pembungkusan produk makanan sejuk beku bagi syarikat Durrani Legacy). Hal ini demikian kerana, melalui pembungkusan yang baik dan menarik dapat meningkatkan lagi pasaran sesebuah syarikat. Kajian yang dijalankan adalah sebagai cadangan kepada syarikat Durrani Legacy terhadap rekabentuk pembungkusan yang akan saya cipta. Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik di google forms yang akan diberikan kepada pelanggan di Syarikat Durrani Legacy dan membuat analisis daripada hasil kajian tersebut dengan mengemukakan dalam bentuk carta pai.
Kata kunci : Penjenamaan, Pembungkusan, Syarikat.