Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, mengkaji dan menghasilkan unsur-unsur pergerakan dan bentuk keatas karya seni arca berinspirasikan motif geometri. Penghasilan karya seni arca dengan pelbagai rupa yang ditampilkan serta sebuah karya yang boleh dilihat, disentuh dan bersudut 360 darjah. Selain itu, terdapat banyak unsur-unsur dan jenis-jenis geometri dalam bidang seni. Keindahan dan keunikan yang terdapat pada struktur dan rupa geometri yang semula jadi dan cantik. Namun,
penghasilan karya seni arca melalui motif geometri mempunyai daya tarikan dan keunikan dalam sesebuah penghasilan karya. Di Malaysia juga terdapat monumen-
monumen karya seni arca yang berbentuk geometri. Namun, perubahan demi perubahan telah berlaku dari semasa ke semasa. Pada hari ini ramai arcawan tempatan telah ramai
menghasilkan arca yang lebih berbentuk geometri kerana keunikan penghasilan arca sebegini merupakan hasil seni tangan yang sangat teliti. Kecekapan penghasilan
sesebuah arca juga bergantung kepada teknik-teknik tersendiri dan nilai estetik yang ingin disampaikan. Kajian pada kali ini juga, pengkaji ingin menerapkan unsur-unsur pergerakan dan bentuk yang bermotifkan geometri dalam penghasilan arca. Penghasilan arca yang menarik dan berukuran besar juga mengambil tempoh yang agak lama untuk membinanya sehingga boleh mencecah tahun. Tetapi kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan arca serta haruslah mempunyai kekuatan mental dan fizikal seterusnya dapat memberi kepuasan terhadap para arcawan.