Seni instalasi adalah merupakan suatu karya seni yang berbentuk 3 dimensi dan juga 2 dimensi. Instalasi ini lebih kepada memasang, menyatukan dan menyusun pelbagai media seni. Di dalam kajian ini pengkaji, melakukan kajian mengenai karya instalasi seni bersifat imersif. Seni instalasi bersifat imersif ini boleh dirasai secara fizikal ataupun melalui pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan juga bau. Karya seni instalasi
bersifat imersif ini melibatkan unsur ruang dalam perlaksanaannya. Fokus utama karya seni instalasi bersifat imersif ini adalah dari segi pengembangan visual dan pengalaman holistik. Imersif ini juga dikatakan mampu mewujudkan persekitaran buatan yang benar-benar merangkul dan menarik audiens melalui tahap deria, emosi dan psikologi. Dalam kajian ini pengkaji ingin memfokuskan mengkaji mengenai pendekatan yang biasa digunakan, jenis
pengalaman imersif dan bahan dan medium yang digunakan dalam perlaksanaan seni instalasi ini.