Kaligrafi Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini secara umumnya dan juga di negeri Kelantan khususnya. Dalam penggunaan bagi huruf Jawi sebagai tulisan ilmiah utama di Nusantara yang dapat dilihat melalui kitab-kitab dan manuskrip daripada karya ulama yang terdahulu. Sehubungan dengan itu, bagi melaksanakan kajian ini tiga objektif kajian telah digariskan bagi meyelaraskan dengan persoalan kajian iaitu mengkaji sejarah kaligrafi jawi di
negeri Kelantan, mengetahui jenis-jenis kaligrafi jawi pada papan tanda di sekitar bandar Kota Bharu dan juga mendokumentasikan penggunaan kaligrafi jawi pada papan tanda di sekitar, bandar Kota Bharu. Dalam pada itu, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara
kuantatif dan kualitatif. Dalam masa yang sama kajian ini juga menggunakan kaedah secara pemerhatian, temu bual dan juga kaedah menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, hasil daripada kajian ini mampu menghasilkan pengetahuan yang baru serta dapat
mengadaptasikan bukan sahaja melalui pihak berkuasa tetapi juga sebagai penyelidik untuk melihat Kelantan mampu menjadi pelapor kepada pusat perkembangan Jawi di Malaysia.