Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah pengurusan koleksi tekstil oleh pihak Muzium Negeri Terengganu. Muzium Negeri Terengganu ini dipilih oleh kerana ia merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara khazanah warisan khususnya yang diperolehi di Negeri Terengganu. Kajian ini tertumpu kepada mengenalpasti kaedah untuk menguruskan koleksi di galeri Tekstil Muzium Negeri Terengganu. Kajian ini juga akan lebih tertumpu kepada pengurusan koleksi tekstil dari perolehan, pendaftaran, pemuliharaan, penyimpanan, penyelidikan dan pameran. Penyelidikan ini akan memberikan cadangan pengurusan koleksi tekstil kepada Muzium Negeri Terengganu bagi tujuan penambahbaikan dalam menguruskan koleksi tersebut. Hal ini kerana pengurusan koleksi tekstil perlu diberi perhatian supaya koleksi tersebut dapat dipelihara, dipulihara dan dapat dipamerkan kepada tatapan umum dan generasi akan datang.