Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah buku ilustrasi mengenai kepupusan hidupan liar di Malaysia. Projek penyelidikan buku ilustrasi ini dikaji berdasarkan 3 objektif iaitu mengenalpasti tahap pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap hidupan liar. Seterusnya, memberikan kesedaran kepada kanak-kanak mengenai kepupusan hidupan liar. Objektif yang akhir adalah menghasilkan buku ilustrasi yang menarik mudah difahami mengenai kepupusan hidupan liar bagi menyampaikan kesedaran kepada kanak-kanak melalui visual. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab-bab seperti pengenalan kajian, kajian literature, metodologi, dan kesimpulan keseluruhan projek penyelidikan ini.
Kata kunci: Kempen Kesedaran, Buku Ilustrasi, Kepupusan, Hidupan Liar