Digital Special Collection Portal

Kajian Mengenai Lebihan Kayu Yang Terhasil Di Industri Frim Untuk Menghasilkan Perabot


Citation

Nur Hanisah Mohamed (2021) Kajian Mengenai Lebihan Kayu Yang Terhasil Di Industri Frim Untuk Menghasilkan Perabot. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kayu merupakan bahan yang sering digunakan dalam industri terutamanya industri pembuatan. Hasil daripada proses yang dijalankan dalam proses pembuatan di industri pasti
berlakunya sisa kayu. sisa kayu merupakan kayu yang tidak gunakan dan pada kebiasaannya sisa kayu ini akan dibuang kerana sesetengah beranggapan bahawa lebihan kayu ini tidak mempunyai nilai. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan di industri FRIM serta kajian ini dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lebihan kayu dan terdapat tiga objektif kajian untuk menjayakan kajian ini. Objektif kajian yang pertama adalah, mengkaji mengenai lebihan kayu yang terhasil daripada penggunaan di industri FRIM. Kemudian, pengkaji turut
menganalisis produk dan perabot yang sedia ada menggunakan lebihan kayu serta proses penghasilan. Objektif kajian yang terakhir adalah merekabentuk perabot yang bersesuaian menggunakan lebihan kayu. Metodologi kajian yang digunakan untuk melakukan kajian ini
adalah kaedah temubual, pemerhatian dan kajian literatur. Kesimpulanya, sisa kayu sememangnya berlaku di industri pemprosesan FRIM dan sisa kayu tersebut tidak digunakan
lagi. Hasil daripada analisis yang dilakukan juga mendapat perabot yang sesuai untuk direka dengan menggunakan bahan sisa kayu ini adalah rak rendah untuk kegunaan di ruang tamu.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Hanisah Binti Mohamed.pdf] Text
Nur Hanisah Binti Mohamed.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 67
Supervisor: Dr. Nooraziah Binti Ahmad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Perindustrian)
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4001
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2