Tujuan kajian kes ini dibuat adalah kerana ingin memberitahu kepada khalayak ramai tentang rekabentuk-rekabentuk yang digunakan dalam menghasilkan rangoli ini ataupun dikenali dengan nama lain sebagai kolam. Fokus utama kertas kerja ini ialah berkaitan dengan asal usul terhasilnya rangoli dan penggunaan rekabentuk dalam menghasilkan rangoli tersebut. Objektif yang digunakan dalam kajian ini ialah mengkaji tentang makna rekabentuk dan warna keatas rangoli sebagai dokumentasi terhadap karya, mengaplikasikan konsep rekabentuk rangoli melalui warna-warna seni pop di atas karya, dan menghasilkan siri karya bertemakan rangoli dengan penggunaan warna pop keatas karya. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes iaitu melalui kaedah laman sesawang dan kaedah pemerhatian. Dengan melayari laman sesawang, pengkaji dapat menambah sedikit pengetahuan dalam menghasilkan kertas kerja ini dan melalui kaedah pemerhatian pula, pengkaji dapat mengalaminya sendiri dengan menghadirkan diri ke tempat penghasilan rangoli. Dalam kajian ini, mengkaji ingin menghasilkan suatu karya dengan menggunakan aliran Pop Art keatas rekabentuk
rangoli yang dikaji.