Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kelemahan buku katalog jualan dalam Syarikat AMN Creative Centre. Segelintir pengguna gemar membeli produk secara dalam talian kerana dapat menjimatkan masa. Terdapat juga kekurangan jika pengguna berbelanja secara dalam talian iaitu tidak dapat mengetahui jenis produk dengan khusus. Syarikat AMN Creative Centre hanya mempunyai buku katalog untuk dijadikan sebagai bahan jika pembeli ingin menempah. Hal ini demikian kerana buku katalog manual mudah rosak. Dengan ini, pengkaji ingin membuat penjenamaan semula tentang buku katalog yang lama kepada yang baru berasaskan konsep digital supaya memudahkan urusan jual beli antara penjual dan pembeli. Oleh itu, pengkaji perlu mengenalpasti buku katalog digital akan memudahkan pelanggan disamping dapat mempromosikan jualan produk di Syarikat AMN Creative Centre. Rekabentuk antaramuka buku katalog digital juga mestilah cantik supaya dapat menarik perhatian pengguna. Dengan wujudnya buku katalog digital dapat meningkatkan jualan syarikat dan memperkenalkan produk yang dihasilkan dalam Syarikat AMN Creative Center.