Digital Special Collection Portal

Penjenamaan Semula Rekabentuk Identiti Korporat bagi Syarikat Chetaque Banner & Banting di Ipoh, Perak


Citation

Nur Aizatul Aifaa Rohadi (2021) Penjenamaan Semula Rekabentuk Identiti Korporat bagi Syarikat Chetaque Banner & Banting di Ipoh, Perak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penjenamaan semula dari segi rekabentuk identiti korporat dapat membantu syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan sama ada dalam bentuk produk atau servis. Kajian ini dijalankan di sebuah syarikat percetakan iaitu Chetaque Banner & Banting yang terletak di daerah Ipoh, Perak. Permasalahan kajian ini adalah rekabentuk bagi identiti korporat mereka yang sedia perlu ditambahbaik dan syarikat ini juga tidak mempunyai item-item korporat yang lengkap. Objektif bagi kajian ini adalah untuk menghasilkan rekabentuk logo baharu, menghasilkan item-item korporat baharu bagi Syarikat Chetaque Banner & Banting dan mengenalpasti maklumbalas masyarakat terhadap identiti korporat baharu yang dicadangkan bagi syarikat tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah campuran. Kaedah kualitatif menggunakan instrumen pemerhatian manakala kaedah kuantitatif adalah melalui edaran borang soal selidik. Pengkaji telah menghasilkan logo baharu dan item-item identiti korporat dan mendapat maklumbalas majoriti yang sangat positif berdasarkan 100 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik di Google Form. Analisis data menunjukkan bahawa penggunaan tipografi, ikon dan warna yang bersesuaian dan berkesan mampu menarik minat audiens. Cadangan pengkaji adalah agar penggunaan identiti korporat yang menarik dan lengkap diteruskan pada masa hadapan. Seterusnya adalah dengan menggunakan inisiatif baru seperti menghasilkan sebuah periklanan yang mempromosi servis syarikat menggunakan media digital seperti video. Akhir sekali, membuka cawangan baharu di lokasi yang lebih strategik.
Kata kunci: penjenamaan semula, identiti korporat

Download File / URL

[thumbnail of NUR AIZATUL AIFAA BINTI ROHADI C17A0201.pdf] Text
NUR AIZATUL AIFAA BINTI ROHADI C17A0201.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 55
Supervisor: Dr Sharulnizam Bin Ramli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3991
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2