Digital Special Collection Portal

Pancaran Status Sosial Dalam Novel-Novel Terpilih Masyarakat Minangkabau: Satu Penelitian Sosiologi.


Citation

Nor’ain Abdul Ghani (2021) Pancaran Status Sosial Dalam Novel-Novel Terpilih Masyarakat Minangkabau: Satu Penelitian Sosiologi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Novel adalah salah satu cerita kesusasteraan yang ditulis oleh seseorang penulis. Novel juga merupakan bahan yang diterjemahkan sebagai cerita panjang. Novel secara amnya berkisarkan satu watak utama dan juga watak-watak sampingan. Kajian ini bertitik tolak kepada kajian yang melibatkan gambaran status sosial masyarakat Minangkabau yang disampaikan di dalam novel- novel terpilih. Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti, menganalisis dan mengkaji status sosial dalam novel-novel terpilih masyarakat Minangkabau rentetan daripada novel yang menjadi rebutan di kalangan pembaca. Tambahan pula, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan bagi menyempurnakan kajian ini. Berdasarkan kajian ini, penerapan teori sosiologi yang dipelopori Balley pada tahun 1978 dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini. Kajian ini menggunakan penelitian dan penghuraian terhadap aspek yang merangkumi Teori Struktural-Fungsionalisme dilaksanakan sebagai deduksi dalam pendekatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa dalam novel- novel terpilih masyarakat Minangkabau ini terdapat beberapa status sosial yang sememangnya dapat membuktikan sebuah jalan cerita yang penuh dengan ragam manusia dan sedikit sebanyak dapat menarik minat para pembaca.

Download File / URL

[thumbnail of NOR'AIN ABDUL GHANI.pdf] Text
NOR'AIN ABDUL GHANI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 113
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3988
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2