Digital Special Collection Portal

Pengaplikasian Motif Bunga Melur 3 Dimensi Menggunakan Teknik Sulaman Dalam Proses Penghasilan Reka Corak Pada Produk Aksesori.


Citation

Norsyamira Osman (2021) Pengaplikasian Motif Bunga Melur 3 Dimensi Menggunakan Teknik Sulaman Dalam Proses Penghasilan Reka Corak Pada Produk Aksesori. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif bunga melur yang dijadikan rekaan corak pada produk aksesori iaitu beg wanita dengan menggunakan teknik sulaman 3 dimensi. Bunga melur telah disenaraikan dalam 7 jenis bunga kebangsaan di Malaysia selain bunga raya, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga mawar, bunga teratai dan bunga tanjung. Masyarakat pantai timur lebih cenderung mengenali bunga melur kerana bunga melur banyak dikaitkan dengan sejarah negeri pantai timur seperti Kelantan. Bunga melur mempunyai pelbagai khasiat dan keistimewaan khusus dalam sesuatu majlis atau upacara yang menjadikan bunga melur turut dikenali sebagai bunga mistik. Pengkaji telah memilih sulaman 3 dimensi seperti sulaman pita dan sulaman tampal untuk penghasilan rekaan corak pada produk aksesori iaitu beg wanita.

Download File / URL

[thumbnail of NORSYAMIRA BINTI OSMAN.pdf] Text
NORSYAMIRA BINTI OSMAN.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 72
Supervisor: Dr. Norhasliyana Hazlin Binti Zainal Amri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3987
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2