Digital Special Collection Portal

Pemetaan Terhadap Masjid Lama di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara.


Citation

Norlaila Mat Yusof (2021) Pemetaan Terhadap Masjid Lama di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pemetaan Terhadap Masjid Lama Di Negeri Pahang Sebagai Bukti Keprihatinan Masyarakat Setempat Terhadap Aset Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Sejarah ini adalah sebuah sejarah yang sangat unik tetapi tidak diketahui orang ramai meskipun terdapat banyak bukti-bukti dan kajian yang menunjukkan kedatangan Islam ke negeri Pahang adalah lebih awal daripada kedatangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Islam ke negeri ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat negeri Pahang. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid-masjid lama di negeri Pahang kerana usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan dengan hal-hal berkenaan agama Islam di negeri Pahang masih kurang mendapat sambutan dan tidak begitu mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini telah menyebabkan berlakunya permasalahan seperti tiadanya data atau sebuah senarai rasmi yang boleh menyatakan kewujudan dan jumlah masjid-masjid lama yang terdapat di negeri pahang. Justeru, masalah ketiadaan maklumat penting ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan data tepat mengenai masjid-masjid lama yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengenal pasti senarai masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang serta mengkaji mengenai pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Objektif pengkaji juga adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan masyarakat setempat terhadap usaha-usaha pemuliharaan masjid-masjid lama di negeri Pahang. Kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan kaedah temubual akan dipraktikkan dalam menjalankan kajian penyelidikan ini. Lapan orang responden telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan pengaruh rekabentuk tipologi fasad masjid-masjid lama. Kajian penyelidikan yang dijalankan juga telah berjaya mengetengahkan beberapa cadangan kajian lanjutan yang sesuai dilakukan oleh pengkaji akan datang. Kajian penyelidikan ini mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di negeri Pahang. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara.

Download File / URL

[thumbnail of Norlaila Mat Yusof.pdf] Text
Norlaila Mat Yusof.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 123
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3986
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2