Kajian ini telah dijalankan berkaitan dengan prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu dengan menggunakan media campuran bagi penghasilan karya seni. Objektif dalam kajian ini adalah mengkaji bahan yang dapat mempengaruhi pergerakan seni silat untuk dijadikan karya sebagai bahan utama, menganalisis hasil kajian dengan menggunakan bahan media campuran, proses dan teknik dalam penghasilan karya serta menghasilkan karya dengan menggunakan media campuran yang berpandukan prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu. Oleh itu, pengkaji membuat penyelidikan terhadap prinsip pergerakan dalam seni silat Melayu ini untuk melambangkan akal budi Melayu yang didalamnya mencerminkan falsafah, pemikiran, perlakuan, emosi dan gaya hidup orang Melayu. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana prinsip pengerakan dalam seni silat Melayu dengan menggunakan media campuran bagi penghasilan karya seni ini dilaksanakan dengan lebih berkesan. Hasil penyelidikan ini berharap dapat memberi kesan yang baik untuk menghasilkan karya dengan menggunakan prinsip pergerakan.