Rekabentuk bangku ini telah memberi pelbagai manfaat terhadap pasaran perabot yang terdapat di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan permasalahan tentang reka bentuk bangku yang sedia ada
kepada bangku yang mempunyai pelbagai fungsi pelajar menggunakannya dan bukan hanya bangku di kantin sahaja. Kewujudan bangku yang boleh di gunakan bukan hanya di kantin tapi boleh digunakan di pelbagai sudut di
sekolah untuk kemudahan pelajar dan guru. Kajian ini mempunyai tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti masalah yang ada pada bangku sekolah, mengkaji penyelesaian yang sesuai pada bangku kantin untuk keselesaan pelajar sekolah dan merekabentuk bangku multifungsi yang fleksibel untuk pelajar mengalihkannya. Kaedah soal selidik digunakan menjalankan kajian
ini. Terdapat 2 bahagian di dalam soal selidik tersebut iaitu Bahagian A demografi responden, Bahagian B soal selidik. Kesimpulannya, kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihdapi oleh
pelajar sekolah berkaitan dengan bangku sedia ada yang telah ditambah baik supaya ia memudahkan seseorang itu untuk mengendalikan bangku tersebut.