Sebelum melakukan sesebuah kajian ilmiah, pengkaji hendaklah memahami terlebih dahulu apa yang dikatakan dengan pengertian sesebuah filem sebelum melakukan kajian kes. Dalam penghasilan kajian ini pengenalan bagi satu definisi filem amatlah penting hendaklah diketahui oleh pengkaji kerana ianya merupakan element utama bagi mengetahui sebuah filem. Bagi seseorang dalam penghasilan
filem ialah sesebuah filem itu mampu meninggalkan kesan kepada penonton dan supaya penonton mampu memahami apa yang hendak di sampaikan oleh pengarah. Selain itu, filem ini juga didefinisi merupakan satu medium sebagai media komunikasi audio dan visual yang berperanan untuk di sampaikan kepada masyarakat. Konsep kuasa ini dibincangkan melalui elemen naratif dan struktur
menggunakan pendekatan dekonstruksi Michel Foucault (1970). Menurut Foucault (Power, 2011) "pengetahuan adalah kuasa" yang membawa kepada analisis aspek
filem mengenai kuasa dan pengetahuan yang berkaitan dengan kepentingan nasional dan kelas sosial serta bagaimana kuasa mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia. Penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan isu sosial dan politik seperti rasuah, masalah pendatang tanpa izin dan kepentingan pendidikan dianalisis melalui unsur naratifnya seperti sudut pandang watak-watak filem. Melalui analisis pada adegan tertentu dalam filem ini adalah bertujuan untuk mengungkap konsep kekuatan yang berbeza yang digambarkan dalam filem tersebut.