Digital Special Collection Portal

Kepentingan Kearifan Tempatan Dalam Konservasi Warisan : Kajian Mengenai Keris.


Citation

Muhammed Iizzakkuan Muhammed Zizi (2021) Kepentingan Kearifan Tempatan Dalam Konservasi Warisan : Kajian Mengenai Keris. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “ Kepentingan Kearifan Tempatan Dalam Konservasi Warisan : Kajian Mengenai Keris”. Pengkaji menyasarkan kearifan tempatan terhadap keris ini dalam memulihara keris warisan supaya nilai warisan dapat dijaga dengan baik. Dalam kajian ini juga akan menimbulkan isu kepentingan dalam proses memelihara senjata warisan keris ini dengan kearifan tempatan yang diperolehi. Walaupun kaedah dan pemuliharaan keris ini telah ada ketika ini melalui institusi pemuziuman, tetapi pemuliharaan yang dilakukan oleh kearifan tempatan juga perlu diambil tahu dengan bagaimana pemeliharaan yang dilakukan oleh mereka. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti cara penjagaan keris berdasarkan menurut kearifan tempatan, mengkaji cara pemeliharaan keris berdasarkan pengetahuan daripada kearifan tempatan dan mengkaji bagaimana pengurusan koleksi senjata keris di Galeri Senjata Istana Jahar dijalankan. Kaedah dalam mendapatkan data dalam kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan catatan. Pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap keris ini melalui kearifan tempatan amat diperlukan bagi melindungi khazanah warisan ketara ini daripada ditelan arus zaman dan dilupakan oleh masyarakat terutamanya. Diharap kajian yang dijalankan ini mampu memberikan pengetahuan dan informasi dalam menjalankan pemeliharaan terhadap keris mengikut kearifan tempatan dan pengetahuan ini dapat dikongsikan kepada pengumpul koleksi yang lain dalam memelihara keaslianya.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMED IIZZAKKUAN MUHAMMED ZIZI.pdf] Text
MUHAMMED IIZZAKKUAN MUHAMMED ZIZI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 109
Supervisor: Dr. Tsuji Shyuji
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3968
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2