Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis elemen Islam yang terdapat dalam teks Undang-Undang Kedah (1893). Kajian ini juga adalah untuk mengisi kelopongan kajian yang dilakukan dalam teks undang-undang ini terutama dalam memfokuskan tentang Islam. Bagi reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan kaedah perpustakaan, memoing dan juga analisis secara deskriptif. Asas dan dasar
kajian ini juga dianalisis melalui tiga prinsip yang terdapat dalam Teori Kuasa iaitu prinsip kekuasaan paksaaan, prinsip kekuasaan sah dan prinsip kekuasaan rujukan. Hal ini
kerana, bagi mengemukakan bagaimana undang-undang ini dilaksanakan serta asas kepada teks ini juga dapat disampaikan. Bagi prinsip kekuasaan paksaan membuktikan
bahawa teks undang-undang ini adalah simbolisme kepada golongan raja iaitu sebagai pemerintah dalam menegaskan peraturan yang lebih ketat. Prinsip kekuasaan sah pula
dapat dikemukakan tentang kekuasaan raja-raja di negeri Kedah ini mengenakan peraturan yang sangat tegas dalam menjaga takhta mereka dan juga menjaga kesucian Islam dalam peraturan tersebut. Manakala bagi prinsip kekuasaan rujukan
mengemukakan tentang peraturan-peraturan pelaksanaan ini menggunakan rujukan alquran dan hadis sebagai contoh dimana setiap undang-undang tersebut mempunyai kaitan dengan syarat-syarat Islam. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas dalam memahami sesuatu teks undang-undang dan juga teks Undang-Undang Kedah (1893) yang menampilkan elemen penting iaitu Islam sebagai asas pengubalan teks ini.