Digital Special Collection Portal

Ekplorasi Reka Bentuk Motif Kain Batik Kelantan Sebagai Subjek Kajian Dalam Penghasilan Karya Catan.


Citation

Muhammad Junairi Nawi (2021) Ekplorasi Reka Bentuk Motif Kain Batik Kelantan Sebagai Subjek Kajian Dalam Penghasilan Karya Catan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Motif merupakan reka bentuk yang terhasil daripada unsur bentuk flora dan fauna. Namun, batik mempunyai pelbagai motif dan reka bentuk yang berbeza di setiap kawasan atau negara. Bagi negeri Kelantan reka bentuk motif batik hanyalah tertumpu kepada flora berbanding fauna. Malahnya, terdapat juga motif berunsurkan fauna dan motif buatan manusia, tetapi tidak mendapat perhatian. Selain itu, motif batik Kelantan yang dihasilkan ini mempunyai identiti yang tersendiri dalam memberi falsafah kepada budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, perkembangan reka bentuk motif batik Kelantan kurang mendapat sambutan dalam golongan muda hari ini. Kajian ini akan memainkan peranan kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan mengangkat kembali martabat seni batik ke keperingkat yang lebih tinggi agar dapat terus hidup sepanjang zaman. Lantaran itu, bagi menjangkakan perkembangan motif batik Kelantan, orang ramai seharusnya memberi penekanan dalam menyajikan idea-idea baharu untuk memperagakan karya yang berasakan motif batik Kelantan. Oleh itu, dalam mengembangkan lagi tradisi seni batik Kelantan pengkaji ingin mengaplikasikan reka bentuk motif batik Kelantan ke dalam media catan yang berbeza dari segi teknik serta penghasilan karya catan kontemporari yang berunsurkan budaya tempatan.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD JUNAIRI BIN NAWI.pdf] Text
MUHAMMAD JUNAIRI BIN NAWI.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 122
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3960
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2