Melihat pada industri perniagaan dan pengiklanan pada masa kini, antara cara untuk mempromosikan dan mengatur perniagaan agar menjadi lebih maju dan berjaya adalah melalui teknik multimedia seperti pengiklanan digital. Tambahan pula pada zaman pandemik ini, teknologi media contohnya seperti teknik realiti imbuhan ini amatlah sesuai dipraktikkan. Multimedia adalah gabungan antara grafik, teks, animasi, video dan bunyi. Animasi adalah salah satu cabang multimedia. Secara keseluruhan, multimedia sangat berguna dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Oleh itu,penggunaan bidang ini dapat dipertimbangkan dalam industri pengiklanan digital. Penggunaan animasi dalam bidang pengiklanan dapat memudahkan penyampaian maklumat supaya mudah difahami masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk membina aplikasi teknologi augmented reality pada rekaan grafik pakaian dan kad agar ia dapat menyampaikan maklumat perniagaan dengan lebih menarik, unik dan berkesan dan dalam masa yang sama dapat menarik ramai pelanggan. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui temubual, kaji selidik, sumber rujukan dan sedikit pemerhatian. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu cara yang dijangka berkesan dalam menyampaikan informasi tentang perniagaan dengan lebih menarik dan unik. Dengan adanya cara yang baru, masyarakat mungkin juga dapat meningkatkan ekonomi dengan lebih efektif.