Digital Special Collection Portal

Kedinamikan Citra Masyarakat Dalam Novel-Novel Remaja Terpilih : Satu Penelitian Pendekatan Kemasyarakatan.


Citation

Muhammad Izzat Farhan Mohamad Asri (2021) Kedinamikan Citra Masyarakat Dalam Novel-Novel Remaja Terpilih : Satu Penelitian Pendekatan Kemasyarakatan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis, merupakan karya fiksyen yang panjang dan terdapat watak, plot, dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Manakala, novel remaja merupakan sebuah karya yang mampu memenuhi keinginan remaja yang tidak tercapai. Sastera remaja yang berkualiti juga adalah sebuah karya yang mengungkapkan permasalahan remaja seperti krisis identiti bukannya hanya tertumpu pada soal cinta semata-mata. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa novel-novel remaja terpilih seperti Atukku Pejuang, Bening Mata Seorang Dia dan Melakar Sinar ini kaya dengan kedinamikan citra masyarakat dan mampu memberi pengajaran dan pendidikan kepada generasi remaja khususnya. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan kedinamikan citra masyarakat dalam novel-novel remaja terpilih. Di samping itu, pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu dengan kedinamikan citra masyarakat yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih. Seterusnya, kajian ini membataskan tiga buah novel remaja iaitu Atukku Pejuang karya Faizal Jailani, Bening Mata Seorang Dia karya Adnie Bahiah dan Melakar Sinar karya Sunita Sahidin diatas dasar novel-novel remaja, terbitan terkini iaitu pada tahun 2019 dan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tambahan lagi, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap beberapa aspek merangkumi Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan dilaksanakan sebagai deduksi dalam pendekatan kajian. Dapatan kajian yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih sememangnya sarat dengan nilai-nilai murni di samping kaya dengan nilai kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi gambaran dan prinsip hidup masyarakat Melayu seterusnya menjadi wadah untuk membentuk norma yang baik terhadap khalayaknya.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD IZZAT FARHAN MOHAMAD ASRI.pdf] Text
MUHAMMAD IZZAT FARHAN MOHAMAD ASRI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 131
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3958
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2