Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencipta satu reka bentuk rehal yang pelbagai guna.Bagi mengetahui fungsi yang perlu ditambah pada rehal untuk merekabentuk rehal yang pelbagai guna ini hendaklah melakukan kaji selidik dan pemerhatian terhadap individu yang selalu menggunakan rehal setiap hari. Sebagai contoh tempat yang selalu
menggunakan rehal boleh dikatakan setiap hari adalah sekolah pendidikan agama seperti sekolah tahfiz. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudkah ketidakpuasan hati orang ramai terhadap reka bentuk rehal yang sedia ada.
Oleh kerana, jika terdapatnya komen negatif pada reka bentuk rehal yang sedia ada maka akan dilakukan satu reka bentuk rehal yang mengikut kehendak masyarakat pada masa
kini. Dengan itu, bagi menarik perhatian pada sesuatu produk seperti rehal satu inovasi hendaklah dilakukan pada rehal tersebut bagi bertujuan meningkatkan keselesaan dan menyelesaikan masalah pengguna rehal oleh masyarakat yang selalu menggunakannya.