Digital Special Collection Portal

Mengkaji Kesenian Struktur Binaan Dan Pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Dalam Melestarikan Masjid Kampung Laut Di Nilam Puri Kelantan.


Citation

Muhammad Azhar Fadilah (2021) Mengkaji Kesenian Struktur Binaan Dan Pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Dalam Melestarikan Masjid Kampung Laut Di Nilam Puri Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah mengenal pasti kesenian struktur binaan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, mengenal pasti kaedah pengurusan Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan dalam melestarikan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri dan mengenal pasti pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dalam penguruskan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Lokasi kajian yang dijalankan adalah di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini berbentuk data kualitatif yang bersumberkan primer dan sekunder. Tiga kaedah yang
diaplikasikan ke dalam kajian ini adalah kajian literature, pemerhatian dan temubual. Setelah itu, data yang diperoleh dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Melalui kajian ini, penulis dapat merumuskan bahawa Masjid Kampung Laut di Nilai Puri merupakan kawasan baharu yang dipindahkan dari tempat lama iaitu di Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Masjid tersebut telah diiktiraf oleh perbadanan muzium yang merupakan masjid tertua yang ada di negeri Kelantan. Dari segi pengurusan masjid ini memberi kesan positif terhadap penduduk masyarakat setempat dimana menunjukkan sikap keperihatinan oleh
pihak permuziuman memulihara dan memelihara bangunan warisan seperti Masjid Kampung Laut ini. Dari situlah masyarakat dapat mengetahui dan menghayati sejarah
lampau sesebuah masjid, nilai seninya, serta boleh menceritakan kembali kepada generasi yang akan datang tentang peri pentingnya institusi masjid ini kepada mereka.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD AZHAR FADILAH.pdf] Text
MUHAMMAD AZHAR FADILAH.pdf

Download (11MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 106
Supervisor: Ts. Dr. Shahariah Norain Binti Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3953
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2