Kajian ini dijalankan adalah mengenal pasti kesenian struktur binaan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, mengenal pasti kaedah pengurusan Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan dalam melestarikan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri dan mengenal pasti pengurusan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dalam penguruskan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri. Lokasi kajian yang dijalankan adalah di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini berbentuk data kualitatif yang bersumberkan primer dan sekunder. Tiga kaedah yang
diaplikasikan ke dalam kajian ini adalah kajian literature, pemerhatian dan temubual. Setelah itu, data yang diperoleh dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Melalui kajian ini, penulis dapat merumuskan bahawa Masjid Kampung Laut di Nilai Puri merupakan kawasan baharu yang dipindahkan dari tempat lama iaitu di Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Masjid tersebut telah diiktiraf oleh perbadanan muzium yang merupakan masjid tertua yang ada di negeri Kelantan. Dari segi pengurusan masjid ini memberi kesan positif terhadap penduduk masyarakat setempat dimana menunjukkan sikap keperihatinan oleh
pihak permuziuman memulihara dan memelihara bangunan warisan seperti Masjid Kampung Laut ini. Dari situlah masyarakat dapat mengetahui dan menghayati sejarah
lampau sesebuah masjid, nilai seninya, serta boleh menceritakan kembali kepada generasi yang akan datang tentang peri pentingnya institusi masjid ini kepada mereka.