Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah video kesedaran mengenai perbuatan salah laku terhadap papan kenyataan. Projek penyelidikan yang menghasilkan video kesedaran ini dikaji berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti kesan salah laku terhadap papan kenyataan kepada masyarakat. Manakala objektif yang selanjutnya ialah menentukan jenis kempen kesedaran mengenai akibat salah laku papan kenyataan kepada masyakat dan objektif kajian yang akhir ialah menghasilkan video kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya kesan salah laku terhadap papan kenyataan. Selain daripada itu, dalam laporan ini juga mengandungi bab yang merupakan pengenalan kepada kajian, kajian literasi, metodologi, dan kesimpulan kepada keseluruhan projek penyelidikan ini.