Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Rumah Tradisional Tiang 12 Yang Wajar Dipelihara Sebagai Warisan Nusantara Yang Berharga


Citation

Mohd Nasir, Nur Nusaibah (2021) Keistimewaan Rumah Tradisional Tiang 12 Yang Wajar Dipelihara Sebagai Warisan Nusantara Yang Berharga. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Rumah Meleh yang mempunyai 12 batang tiang ini merupakan satu perkara yang sudah
diketahui umum tentang kewujudannya kerana ia merupakan antara rumah tradisional yang menjadi
simbol kepada senibina Nusantara yang terdapat di Kelantan. Pada masa yang sama, rumah
tersebut juga boleh dijumpai di negeri Terengganu yang terletak berdekatan dengan negeri
Kelantan. Pembinaan rumah ini merupakan satu perkara yang unik di mana ia bukan sahaja
terdapat di Malaysia, tetapi rekaan senibinanya juga turut dikongsi dengan negeri Melayu Patani.
Biarpun ia merupakan suatu senibina istimewa yang menghubungkan pelbagai pihak,namun
masyarakat masa kini dilihat kurang memberi perhatian dan tidak peka terhadap kewujudan
senibina bernilai seumpama ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah
pembinaan rumah tradisional tersebut di samping untuk mengetahui tentang keistimewaan yang
terdapat padanya. Dalam pada itu, pengkaji akan mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan
untuk mengekalkan keaslian Rumah Tiang 12 berdasarkan kepada situasi rumah yang telah dilihat
sewaktu proses pemerhatian. Bagi menjalankan kajian, pengkaji menggunakan kaedah
pengumpulan data seperti pemerhatian, temu ramah serta menganalisis dokumen yang diperoleh
bagi melengkapkan perjalanan kajian.
Kata Kunci: keistimewaan, seni bina, rumah tradisional, rumah Meleh Tiang 12,
warisan Nusantara

Download File / URL

[thumbnail of C18A0610_NUR NUSAIBAH BINTI MOHD NASIR PP2.pdf] Text
C18A0610_NUR NUSAIBAH BINTI MOHD NASIR PP2.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 67
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3942
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2