Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan pemasaran digital untuk mempromosikan produk di Syarikat AMN Creative Centre. Promosi adalah komunikasi yang diguna oleh penjual untuk memujuk atau mengingatkan pembeli berpotensi mengenai kewujudan produk atau perkhidmatan. Kebanyakkan pengguna lebih suka membeli produk secara dalam talian kerana ingin memudahkan urusan jualbeli. Syarikat AMN Creative Centre tidak mempunyai laman web perniagaan untuk mempromosikan produk jualan. Hal ini menyebabkan perniagaan percetakan ini kurang mendapat sambutan dalam pasaran. Dengan ini, pembangunan laman web perniagaan dapat membantu meningkatkan jualan percetakan. Selain itu, pengkaji dapati sebelum ini, pengusaha syarikat menggunakan kaedah pengiklanan secara mengedarkan naskah dalam mempromosikan jualan di Syarikat AMN Creative Centre. Laman web perlu diwujudkan dalam setiap perniagaan supaya dapat memperkembangkan jualan. Reka bentuk laman web memberi kesan baik kepada pengguna untuk menarik perhatian mereka. Oleh yang demikian, dengan membangunkan laman web perniagaan pengkaji dapat mengatasi masalah mempromosikan produk di Syarikat AMN Creative Centre.