Cerita rakyat seperti Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Mat Jenin, Sang Kancil dan
Buaya adalah tidak asing lagi bagi kita terutama masyarakat Melayu. Cerita-cerita rakyat ini
adalah contoh panorama kehidupan yang memaparkan unsur jenaka, emosi, tauladan dan nilainilai
kemanusiaan. Ianya juga merupakansimbol warisan di dalam dunia kesusasteraan negara.
Sebelum ini, pelbagai kajian telahdijalankan oleh pengkaji dalam memperkasakan pengetahuan
masyarakat berkaitan dengan cerita rakyat. Oleh itu, salah satu kajian yang akan dilaksanakan
adalah penganalisian ikon kepimpinandi dalam cerita jenaka Melayu. Kajian ini mempunyai
dua objektif yang dicapai iaitu mengenalpasti ikon kepimpinan di dalam cerita jenaka Melayu
dan menganalisis kerelevenan cerita jenaka Melayu pada masa kini. Metodologi kajian
menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menemui terdapat ikon kepimpinan yang ditemui
pada setiap watak penceritaan tidak kira pada waktak utama mahupun sampingan dan ianya juga
menyokong kepada landasan teori pengurusan Henry Fayol.
Kata kunci: ikon, kepimpinan, cerita jenaka Melayu, teori pengurusan