Penyelidikan dan kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis patuh syariah dalam filem 7
PETALA CINTA (2012) berdasarkan garis panduan JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BILANGAN 4 TAHUN 2015 yang telah ditetapkan. Filem “ 7 Petala Cinta” bergenre Islamik romatik komedi yang diarahkan oleh Azhari Zain, yang mengisahkan cinta diantara Saidatul Nafisah, Ahmad Fakaruddin Attar, dan Hamka. Di mana Ahmad
Fakaruddin telah jatuh hati kepada Saidatul Nafisah namun cintanya terhenti selepas Saidatul
Nafisah bertunang dengan Hamka, setalah bertahun di Yaman Hamka telah terkorban dan ayah Saidatul Nafisah menjodohkan Attar dengan nya namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian. Pengumpulan data menggunakan bahan visual iaitu dengan menonton filem ini serta merujuk garis panduan JAKIM bagi menganalisis proses dan motif
objektif kajian. Analisis merujuk kepada patuh syariah yang telah ditetapkan oleh JAKIM dalam penghasilan sesebuah filem. Hasil penelitian menemukan bahawa filem 7 Petala Cinta tidak menepati patuh syariah yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Namun, filem ini masih boleh ditonton oleh orang ramai.