PENGENALAN
Identiti korporat adalah rekaan yang melambangkan imej dan identiti sesebuah organisasi atau syarikat. Menurut Balmer (1995), identiti korporat adalah “Pesona” sesebuah syarikat yang rekaannya selaras dan memudahkan syarikat tersebut mencapai objektif perniagaanya. Menurut beliau lagi identiti korporat wujud apabila pemilik sesebuah organisasi itu mempunyai prinsip organisasi yang ditunjukkan dengan jelas tentang budaya identiti korporat iaitu mempunyai personaliti tersendiri untuk mencapai objektif syarikat mereka. Bernstein (1984), mendefinisikan identiti korporat sebagai jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh syarikat untuk dikenali oleh semua orang awam. Olins (1989), pula menambah, identiti korporat melibatkan disiplin yang luas meliputi pengurusan,komunikasi dan perlakuan.