Digital Special Collection Portal

Pengaplikasian Animasi 2D Dalam Proses Pembelajaran Sejarah Kemunculan Tamadun Awal Manusia Tingkatan 4 Pelajar Sekolah Di Jeli, Kelantan.


Citation

Mohamad Danial Zulkefli (2021) Pengaplikasian Animasi 2D Dalam Proses Pembelajaran Sejarah Kemunculan Tamadun Awal Manusia Tingkatan 4 Pelajar Sekolah Di Jeli, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Sejarah adalah satu cabang ilmu yang mengkaji sesuatu peristiwa yang lalu dengan merekodkan setiap kajian bagi menjadi sumber rujukan dan teladan bagi generasi yang akan datang. Kini, bidang ilmu ini semakin hari semakin merosot akibat dari generasi kini yang kurang dididik untuk memahami fungsi sejarah dengan lebih tepat. Permasalahan timbul apabila rekod-rekod pendidikan daripada sumber analisis badan kerajaan menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah disekolah-sekolah di seluruh negara kian diabaikan. Bagi meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran, kita mestilah berusaha mengkaji dan menganalisis setiap langkah untuk dalam pembangunan dan inovasi demi melajirkan generasi yang pakar dalam bidang sejarah. Menarik minat golongan muda terutama pelajar sekolah untuk meminati bidang ilmu ini bukannya mudah sekiranya perubahan terhadap teknik pembelajaran masih tidak diperkembangkan. Kewujudan masalah ini membawa pengkaji menjalankan satu projek penyelidikan yang mengkaji keupayaan media digital animasi 2D dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran bagi mata pelajaran sejarah. Kajian ini dilakukan dengan membangunkan sebuah projek animasi dan dipersembahkan kepada responden disertakan borang soal selidik. Melalui maklum balas, maka keputusan daripada kajian ini menunjukkan hasil pengaplikasian animasi 2D alam pembelajaran mata pelajaran sejarah.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD DANIAL BIN ZULKEFLI.pdf] Text
MOHAMAD DANIAL BIN ZULKEFLI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 67
Supervisor: Ts. Dr. Anuar Bin Mohd Yusof
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3932
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2