Identiti korporat sangat penting bagi sesebuah syarikat terutamanya dalam perusahaan percetakkan. Ia juga dianggap sebagai imej atau lambang identiti yang sebenar bagi sesebuah syarikat. Bagi sesebuah syarikat percetakan pula, penjagaan imej syarikat amatlah penting untuk menunjukkan tahap prestasi dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti identiti korporat di syarikat Kicks Printing. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan serta menghasilkan penjenamaan semula identiti korporat di syarikat Kicks Printing. Oleh itu, matlamat penyelidikan ini adalah ingin membuat penjenamaan semula identiti korporat di syarikat Kicks Printing yang berkesan dan mampu menarik minat pelanggan.
Kata Kunci : Identiti korporat, Permasalahan, dan Penjenamaan semula