Digital Special Collection Portal

Rekabentuk Perabot Meja Penceramah Di Masjid UMK Beridentitikan Budaya Kelantan Menggunakan Teknik Epoxy.


Citation

Khaidil Ismail (2021) Rekabentuk Perabot Meja Penceramah Di Masjid UMK Beridentitikan Budaya Kelantan Menggunakan Teknik Epoxy. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Meja penceramah merupakan sesuatu produk yang memainkan satu peranan yang
sangat penting dalam sesebuah masjid kerana ia merupakan produk yang wajib ada bagi
kelengkapan masjid. Meja penceramah ini sering dijadikan elemen utama untuk keselesaan
menyampaikan ceramah di masjid. Namun di Pusat Islam yang terletak di Universiti Malaysia
Kelantan tidak mempunyai produk seperti meja penceramah. Objektif kajian ini adalah
mengkaji masalah rekabentuk di masjid yang mana tidak menitikberatkan identiti warisan
Kelantan yang kini semakin ditelan zaman. Kajian ini juga mengkaji keistimewaan warisan
Kelantan yang boleh diterapkan di sesuatu produk agar ia dapat dimartabatkan sepanjang
masa. Namun kebanyakan meja penceramah yang direka tidak menggunakan elemen warisan
dan hanya merekabentuk menggunakan teknik asas sahaja. Metodologi kajian yang digunakan
dalam kajian ini adalah melalui data primer dan sekunder. Sebanyak 96.2% yang mengetahui apa itu rekabentuk warisan yang mana maka jelaslah ramai yang mengetahui rekabentuk ini tetapi tidak diterapkan dalam sesuatu rekaan dan mengakibatkan ia semakin dilupakan oleh masyarakat. Kesimpulannya rekaan meja penceramah yang beridentitikan warisan Kelantan dan dikontemporarikan menggunakan teknik epoxy dapat memberi impak yang positif serta perubahan terhadap rekaan perabot di masjid Universiti Malaysia Kelantan.

Download File / URL

[thumbnail of KHAIDIL BIN ISMAIL.pdf] Text
KHAIDIL BIN ISMAIL.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 87
Supervisor: Jarfrulhizam Bin Jaafar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Perindustrian)
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3923
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2