Digital Special Collection Portal

Adat Dan Pantang Larang Penanaman Padi Suku Kaum Rungus Di Kampung Jambutan Laya-Laya, Kota Marudu, Sabah.


Citation

Jeneth Birual (2021) Adat Dan Pantang Larang Penanaman Padi Suku Kaum Rungus Di Kampung Jambutan Laya-Laya, Kota Marudu, Sabah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Adat dan pantang larang penanaman padi suku kaum Rungus didapati semakin pupus pada masa kini. Ini kerana, masyarakat Rungus kurang menitik beratkan isu pemeliharaan
terhadap amalan tersebut. Selain itu, hampir kesemua masyarakat Rungus telah memeluk agama Kristian dan Islam dan meninggalkan segala ajaran yang bertentangan dengan ajaran
agama khususnya adat dan pantang larang penanaman padi. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adat dan pantang larang penanaman padi suku kaum Rungus, menghuraikan kesan adat dan pantang larang penanaman padi terhadap suku kaum Rungus, dan menganalisis usaha pemuliharaan adat dan pantang larang pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan data. Dapatan kajian ini mendapati bahawa amalan ada dan pantang larang kurang di amalkan disebabkan beberapa faktor salah satunya, masyarakat telah meninggalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran agama. Kajian ini telah mengusulakan cadangan bagi memelihara adat dan pantang larang penanaman padi agar tidak diancam kepupusan iaitu dari segi penglibatan pihak berwajib, pembangunan sosiobudaya masyarakat Rungus, penerbitan buku dan juga keseadaran masyarakat.

Download File / URL

[thumbnail of JENNETH BIRUAL.pdf] Text
JENNETH BIRUAL.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 117
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3921
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2