Sejak kebelakangan ini industri pengiklanan tengah mengalami perubahan yang dramatis. Perusahan besar mahupun agensi kerajaan, mencari pelbagai cara bagi menyampaikan iklan masing-masing kepada khalayak sasaran. Sejurus dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji tahap penerimaan unsur grafik gerakan sebagai medium baru dalam pengiklanan. Kajian ini memfokuskan pada perkembangan media baru untuk pengiklanan
menggunakan grafik gerakan sebagai medium alternatif untuk pengiklanan, bagi tujuan memperluaskan penggunaan unsur grafik gerakan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bagi memperkenalkan kaedah membangunkan unsur grafik gerakan dalam video korporat bagi menyampaikan pengiklanan. Oleh itu, dengan adanya kaedah grafik gerakan ini diharap mampu menjadi alternatif kepada medium pengiklanan serta mengubah persepsi ke arah
masyarakat yang celik teknologi.