Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan buku elektronik (E-Book) sebagai media pemasaran baru bagi meningkatkan penjualan produk dalam syarikat Peveyhack Production. Penggunaan buku elektronik ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak syarikat menyampaikan maklumat berkaitan produk mereka kepada pelanggan. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan penggunaan buku elektronik ini sebagai medium pemasaran baru bagi memudahkan syarikat Peveyhack Production menyampaikan maklumat berkaitan dengan produk mereka. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji tahap keberkesanan penggunaan buku elektronik ini dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan mereka. Penggunaan buku elektronik ini digunakan untuk memudahkan syarikat memasukkan maklumat perniagaan syarikat yang dijalankan, produk serta servis yang dijual oleh syarikat.