Konsep rekabentuk almari pakaian telah lama bertapak dalam industri pembuatan di Malaysia. Perkembangan ini selari dengan hasrat kerajaan yang mahu memperkasakan
industri pembuatan perabot dalam menjana proses reka bentuk produk. Reka bentuk almari pakaian yang sedia ada pada masa kini kebanyakannya tidak mengambil kira aspek
keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti konsep rekabentuk almari yang dapat memenuhi keperluan
pengguna di Malaysia, mengkaji spesifikasi dan prinsip rekaan dalam rekabentuk almari ergonomik melalui persepsi pengguna dan mereka bentuk konsep almari pakaian yang
dapat dibangunkan berdasarkan kepada persepsi pengguna di Malaysia. Hal Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna di Malaysia dengan mencadangkan reka
bentuk almari pakaian yang sesuai. Untuk mencapai tujuan kajian ini, tinjauan yang melibatkan 60 responden pengguna almari dilakukan untuk mendapatkan maklum balas
mengenai konsep rekabentuk almari yang dapat memenuhi keperluan pengguna. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenal pasti aspek yang diperlukan dalam rekabentuk
konsep almari pakaian terhadap keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Oleh itu, hasil kajian ini memberi satu impak yang sangat besar dalam pembangunan reka bentuk konseptual almari pakaian terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan nilai tambah pembuatan industri perabot di Malaysia.